Thursday 30 January 2014

Alpa

Ampunkan aku Ya Allah
Kerna aku sering alpa
Ampunkan aku Ya Allah
Kerna aku sering lupa
Lupa pada ikrar yang sering aku baca
Sesungguhnya hidup dan matiku 
Hanyalah keranaMu Ya Allah

Ya Allah
Ajarkan aku erti reda
Agar dengannya aku berasa bahagia
Limpahi aku dan keluargaku dengan rahmatMu
Kerana aku ingin bahagia di sana
Kerana aku tahu
Syurga itu mahal harganya....


Kuantan
31 Januari 2014